SHOPPE

Fesyen Dalam Kubur Untuk Dipakai Si Mati

Share:
Fesyen Dalam Kubur Untuk Dipakai Si Mati


FESYEN dalam kubur? Bunyinya pelik namun sebuah gedung fesyen telah menghasilkan rekaan baju untuk dipakai oleh si mati ketika berada di dalam keranda.




Ia sekai gus membolehkan si mati masih dapat bergaya meskipun tertanam enam kaki bawah tanah.

Fesyen yang digelar sebagai ‘langkah mayatku’ itu turut menampilkan rekaan untuk lelaki dan perempuan, lengkap dengan barang kemas dan aksesori.

Ada fesyen yang dihasilkan itu memperlihatkan si mati memakai pakaian sukan dan topi, tidak kurang pula hanya memakai bikini.

Ia dihasilkan selepas satu kajian yang dijalankan di Britain mendapati ramai yang sanggup membelanjakan wang semata-mata mahu kelihatan bergaya meskipun sudah berada di dalam kubur.


Hasil kajian oleh Lyst itu mendapati 52% wanita mahu kelihatan bergaya dengan fesyen mahal dan ada pula yang hanya memilih pakaian malam sahaja. Kaum wanita juga mahu dipakaikan kasut tinggi.

Soal harga tidak menjadi masalah kepada mereka asalkan dapat bergaya. Menurut pengarah editorial Lyst, Katherine Ormerod, apa yang dipakai pada saat akhir akan memberikan gambaran mengenai personaliti seseorang dan itu yang mahu dibawa bersama ketika berada dalam keranda.

Macam-macam benda pelik direka. Hakikatnya pakaian akhir hanyalah kain kapan berwarna putih, tidak kira siapa pun. Semua orang adalah sama, hanya amal ibadat yang akan membezakan manusia di sisi Allah.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah