SHOPPE

Gara-Gara Kekasih Sering Diganggu, Lelaki Ini Ada Cara Balas Dendam

Share:
Gara-Gara Kekasih Sering Diganggu, Lelaki Ini Ada Cara Balas Dendam



Bosan kerana teman wanitanya diganggu oleh lelaki lain menerusi Facebook, seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menangani keadaan itu, iaitu dengan membalas dendam terhadap lelaki terbabit.




Karl Hughes, 28, telah menghantar sekeping gambar separuh bogel, tetapi ia bukan gambar kekasihnya Jessica Davidson, 21, tetapi gambar dirinya sendiri.

Gambar itu pula hanya menunjukkan Karl memakai seluar dalam Jessica.

Karl menjadi berang apabila lelaki itu sering menghantar mesej berbaur seks kepada teman wanitanya lalu dia memutuskan untuk masuk campur dan menyamar sebagai Jessica sambil melayan lelaki terbabit bersembang di Facebook.

“Lelaki ini mula menghantar mesej kepada Jessica selepas melihat kami bersama bayi kami dan agak aneh kerana sudah pasti dia tahu bahawa kami bersama.

“Ketika Jessica tidur, saya dapat melihat mesej berbaur seks masuk ke dalam Facebooknya,’’ kata Karl.

Karl kemudiannya memakai seluar dalam Jessica dan menghantar gambar itu kepada lelaki terbabit

Selepas menghantar gambar berkenaan, lelaki itu telah mendiamkan diri dan Karl percaya bahawa lelaki itu terlalu malu dengan keadaan tersebut hingga tidak mampu membalasnya.

Menurut Karl, Jessica mengenali lelaki itu tetapi mereka sudah tidak bertegur sapa sejak beberapa tahun lalu.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah