SHOPPE

Gara-Gara Ular Dalam Kolam Kerajaan Mahu Tindakan Diambil

Share:
Gara-Gara Ular Dalam Kolam Kerajaan Mahu Tindakan Diambil



KEMENTERIAN Pelajaran mahu tindakan diambil terhadap pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertanggungjawab dalam insiden melibatkan pelajar dipaksa mengharungi kolam diletakkan ular.




“Saya harap APM akan siasat pegawai yang mengarahkan (letak ular itu) supaya perkara ini tidak berlaku lagi,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi hampir tiga minit tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan murid perempuan meredah kolam yang dimasukkan ular di dalamnya.

Kamalanathan yang melahirkan rasa kesal atas kejadian itu berkata, pegawai APM tersebut sudah diberitahu oleh guru yang mengiringi pelajar terbabit supaya tidak membuang ular ke dalam kolam semasa sesi bina semangat tersebut.

“Tetapi pegawai itu kata jangan khuatir, ular itu tidak berbisa.

“Ini bukan isu (ular) bisa tak bisa tetapi ada trauma terhadap kanak-kanak ini. Mereka budak kecil, masih sekolah rendah,” kata Kamalanathan.

Beliau juga mengesahkan sekolah tersebut sebelum ini telah menghantar pelajar untuk menjalani latihan tetapi ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

“Biasanya mereka hanya akan meminta pelajar untuk lari melalui kolam, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dilaporkan telah membuat laporan mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

Jurulatih, pembantu digantung

Kamalanathan berkata, sekolah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Beluru juga diarahkan supaya berurusan dengan keluarga dan pelajar terlibat bagi menjalani sesi kauseling.

“Kita sedang minta sekolah untuk berurusan dengan keluarga untuk sesi kaunseling kepada anak-anak yang terlibat.

“Ini pertama kali berlaku, memang APM beri kerjasama dengan kementerian pendidikan di seluruh negara, tidak pernah ada masalah dan saya pasti apa yang berlaku di Kuala Kangsar tidak akan lagi berlaku,” katanya.

Sementara itu, empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar itu dilaporkan digantung serta merta daripada menjadi tenaga pengajar program bina jati diri sehingga siasatan selesai.

Pengarah APM Perak, Kol Pertahanan Awam Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata pihaknya mendapati berlaku pelanggaran operasi standard ketika berkenaan dijalankan.

Katanya, hasil maklumat awal yang diperoleh mendapati jurulatih melempar dua ular sawa ke dalam kolam yang perlu dilalui oleh sekumpulan pelajar perempuan.

“Pengurusan APM Pusat dan negeri sangat kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP sedia ada.

“Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalankan siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro Online.

-Harian Metro Online.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah