SHOPPE

Guru Dakwa Jadi Mangsa Kes Penganiayaan Seks Meniduri Pelajarnya Beratus Kali

Share:
Guru Dakwa Jadi Mangsa Kes Penganiayaan Seks Meniduri Pelajarnya Beratus Kali


GURU wanita ini, Mary Beth Haglin telah meniduri pelajarnya yang berusia 17 tahun beratus-ratus kali namun mendakwa dialah mangsa sebenar dalam kes penganiayaan seks yang mengejutkan ramai itu.




Mary Beth, 24, didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan remaja bawah umur itu selama sembilan bulan ketika dia mengajar di Sekolah Tinggi Washington.

Dia mengaku tidak bersalah dan kes itu akan dibicarakan 14 November ini.

Mengikut pertuduhan, sepanjang tempoh sembilan bulan, boleh dikatakan mereka melakukan seks hampir setiap hari sama ada di dalam kereta, di rumahnya atau rumah pelajar terbabit.


Sejak ditahan pada bulan Julai lalu, Mary Beth telah dipecat dan kini bagi menyara kehidupannya, dia menjadi penari bogel untuk menampung hidup dan menggunakan nama pentas `Bambi’.

Ketika muncul dalam rancangan Dr Phil Show, Mary Beth berkata, remaja lelaki itu telah menggodanya dengan menulis surat cinta menggunakan kata-kata indah hingga berjaya memukaunya.

“Dia berjaya memujuk saya menghantar gambar seksi saya termasuk selfie berbogel namun selepas itu dia berkongsi gambar berkenaan dengan rakan-rakannya di sekolah dan memberitahu mereka betapa saya sangat `hot’.

“Saya tidak tahu apa yang bermain di kepalanya. Dia sangka itu adalah `cool’,’’ katanya yang menyalahkan remaja itu kerana berjaya `mengenakannya’ ketika dia berada dalam keadaan paling lemah.

Jelas Mary Beth, apabila dia cuba menamatkan hubungan dengan pelajarnya, keadaan menjadi tidak terkawal dan remaja itu mengancam untuk mendedahkan hubungan mereka.

Skandal berkenaan terbongkar selepas salah seorang rakan perempuan kepada remaja itu menyesyaki sesuatu berlaku antara mereka berdua dan mengadu kepada ibunya, Rebecca yang kemudiannya bertanya kepada Mary Beth.

“Saya memberitahunya bahawa saya cintakan pelajar berkenaan,’’ katanya.

Mary Beth kini menunggu perbicaraan dan jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara dua tahun dan diwajibkan mendaftar sebagai pesalah seks selama 10 tahun.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah