SHOPPE

Ini Fitnah-Faizznur Adik Mangsa Kemalangan Maut DUKE

Share:
Ini Fitnah-Faizznur Adik Mangsa Kemalangan Maut DUKE



Ini Fitnah-Faizznur |Kemalangan maut di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) telah menjadi viral apabila mengorbankan tiga sekeluarga yang mendapat tumpuan meluas media massa pada Mei tahun lalu.




Ianya berkaitan dengan kes Myvi yang membawa dengan laju.

Dalam kemalangan itu, pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggal dunia.

Dua anak mangsa, Amira dan Aqila bergelar anak yatim piatu dan mendapat tumpuan media.

Namun, kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida telah mengadakan sesi sidang media mendakwa adik kandung bongsunya, Muhammad Faizznur ‘pecah amanah.

Ini kerana menurut Yusnida, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu.

Kata Yusnida, Faizznur dikatakan mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Faizznur juga sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu namun langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.

Ini video sidang media:

Adik Bongsu Mangsa Duke Didakwa ‘Pecah Amanah’ oleh mynewshub

Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.

Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.

Ini komen Yusnida:

HANYA RM12,000 DARI RM300,000
“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).

“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini,”

MUFTI KATA HAK MEREKA
“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini,”

KELUARGA SEBELAH ISTERI FAIRUZ PUN MENIPU
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.

“Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringit tidak dihantar untuk anak-anak ini.

“Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun,”

Sehubungan kes itu, Yusnida telah membuat laporan polis dan kes itu sedang disiasat oleh pihak Bank Negara.

KENYATAAN DARI FAIZZNUR
Sementara itu, Faizznur tampil membuat kenyataan media yang mendakwa dirinya telah difitnah kakaknya.

Ini komennya:

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan juga rakyat malaysia. Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

Walaubagaimanapun,saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihati oleh peguam untuk menghormati prosiding prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

Justeru itu saya mohon untuk rakyat malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan.

Kes fitnah ini akan dibawa ke mahkamah kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih.

Media sosial bukanlah medium terbaik untk merungkai permasalahan ini dan kita serahkan badan kehakiman yang dihormati untuk menilai kes ini secara tulus.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah