SHOPPE

Kejam!!!… Bunuh Anak Kerana Tidak Pandai Masak Capati

Share:
Kejam!!!… Bunuh Anak Kerana Tidak Pandai Masak Capati



KEJAM… Hanya kerana capati, seorang budak perempuan berusia 12 tahun di Pakistan maut di tangan bapa dan abang kandungnya sendiri.




Budak itu, Aneeqa, dipukul hingga mati oleh bapanya, Khalid Mehmood dan abangnya Abuzar hanya disebabkan dia tidak pandai masak capati dengan sempurna.

Khalid akhirnya menerima balasan apabila mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya selepas dia mengaku membunuh Aneeqa dan kemudiannya membuang mayat anaknya itu di luar hospital Mayo di Lahore pada 2015.

Menurut pendakwaraya, selepas melakukan jenayah itu, Khalid memberitahu polis bahawa anaknya itu telah hilang dan dia bimbang Aneeqa diculik.

Katanya, Aneeqa tidak balik ke rumah selepas keluar membeli makanan.

Polis kemudiannya menahan Khalid dan anak lelakinya Abuzar selepas menyoal siasat jiran-jirannya.

Dua beranak itu akhirnya mengaku membunuh Aneeqa dengan memukulnya selepas dia gagal memasak capati dengan sempurna.

Mereka juga mengaku membuang mayatnya dan membuat laporan palsu bahawa gadis itu hilang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah