SHOPPE

Kejam!!!...Bapa 7 Anak Dibelasah Hingga Mati Ketika Jalan Kaki

Share:
Kejam!!!...Bapa 7 Anak Dibelasah Hingga Mati Ketika Jalan Kaki


RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bangunan memaparkan kejadian seorang lelaki yang sedang berjoging tiba-tiba melepaskan tumbukan sulung ke atas seorang pejalan kaki.




Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kejadian itu berlaku di selatan Brisbane, Australia pada 8 Oktober lalu.

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sedang berjoging melintasi mangsa yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar pendek berwarna cerah.

Ketika kedua-duanya melepasi antara satu sama lain, lelaki tanpa berbaju itu dilihat berpatah balik seolah-olah memaki hamun mangsa sebelum melepaskan tumbukan ke arah mangsa.

Mangsa yang tidak sempat menahan tumbukan itu dilihat jatuh ke atas lantai dan tidak bergerak disaksikan oleh dua orang wanita yang turut melalui kawasan tersebut.


Tambah laman itu, mangsa kejadian itu dikenali sebagai Timothy Lang yang berusia 48 tahun.

Lang yang merupakan seorang bapa kepada tujuh anak, kemudian dikejarkan ke sebuah hospital dan diberikan alat bantuan pernafasan selepas insiden berkenaan.

Namun begitu, ahli keluarga mangsa memutuskan untuk tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana tiada perkembangan positif dari mangsa.


Sementara itu, pihak polis menerusi laman 9 News memberitahu suspek dikenali Wayne Hearn, 38, telah ditangkap dan didakwa di atas pertuduhan melakukan kesalahan undang-undang yang menyebabkan kematian.

Manakala menurut saksi kejadian itu mendakwa, kedua-dua lelaki berkenaan bertikam lidah sebelum Hearn melepaskan tumbukan tepat pada leher Lang yang menyebabkan Lang terjatuh ke lantai lalu tidak sedarkan diri.

Hearn dijangka muncul di Mahkamah Majistret Brisbane hari ini untuk mendengar pertuduhan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah