SHOPPE

Kerana Hidung Serupa ‘Babi’ Wanita Ini Bunuh Diri

Share:
Kerana Hidung Serupa ‘Babi’ Wanita Ini Bunuh Diri




SEORANG wanita sanggup terjun bangunan dengan membawa bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun hanya disebabkan pembedahan hidung yang dijalankannya menyebabkan hidungnya kelihatan seperti `hidung babi’.




Anna Ozhigova, 33, membunuh diri dengan anaknya Gleb, selepas tertekan hasil pembedahan berkenaan.

Pembedahan itu juga dikatakan menjadi pencetus kepada kegagalan rumah tangganya hingga membawa kepada perceraian dengan suaminya, Oleg Ponomarev.

Anna membunuh diri dengan terjun daripada bangunan apartmen milik ibu bapanya di Siberia pada Khamis lalu, sambil mendukung Gleb yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

Dia turut meninggalkan nota yang menjelaskan mengenai sebab-sebab dia melakukannya.

Anna juga memberitahu rakannya sebelum ini bagaimana pakar bedah plastik berjaya meyakinkannya untuk melakukan pembedahan hidung dengan berjanji akan membentuk semula hidung asalnya, menjadi lebih cantik.

“Saya tidak boleh senyum dan hidung saya menjadi besar, umpama hidung babi serta bergerak-gerak selepas pembedahan itu. Suami saya akan menjuihkan mulut tatkala melihat saya,” katanya.

Menurut Anna juga, dia menghadapi masalah dengan ekspresi mukanya dan menyifatkan pembedahan itu sebagai sesuatu yang bodoh.

“Suami saya tidak dapat menerima hakikat bahawa muka saya akan kekal begini seumur hidup. Saya ada anak dan saya hidup hanya kerananya,” kata Anna .

Anna juga ketakutan kerana bekas suaminya dikatakan mahu menuntut hak penjagaan ke atas anak mereka. Bimbang dengan keadaan itu, Anna nekad melakukan perbuatan bodoh itu.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah