SHOPPE

Kerana Payudara Besar Wanita Ini Dihalang Naik Rollercoaster

Share:
Kerana Payudara Besar Wanita Ini Dihalang Naik Rollercoaster



HANYA kerana mempunyai ukuran payudara yang besar, seorang wanita dimalukan apabila dia tidak dibenarkan menaiki permainan rollercoaster di Thorpe Park, United Kingdom, baru-baru ini.




Menurut Tanya Willis; 22, dia tidak dibenarkan menaiki permainan ekstrem itu kerana staf taman tema itu menjelaskan saiz payudaranya terlalu besar menyebabkan alat keselamatan tidak dapat menampung asetnya itu.


“Mereka sepatutnya tahu yang tak semua wanita mempunyai saiz payudara yang sama. Ada di antara kami yang terlebih besar.

“Saya bukannya gemuk, sebaliknya tempat duduk dan palang keselamatan itu yang tak direka untuk wanita yang mempunyai saiz payudara besar.

“Ianya sangat memalukan bila mana saya dihalau di hadapan semua orang dan saya tak dapat pun wang pulangan balik. Insiden ini benar-benar merosakkan hari saya,” katanya dipetik Metro UK.

Sementara itu, jurucakap taman tema tersebut menjelaskan, keselamatan pengunjung merupakan perkara yang paling menjadi perhatian dalam modus operasi mereka.

“Kami tidak akan membenarkan pengunjung menggunakan mana-mana permainan sekiranya aspek keselamatan dikhuatiri boleh menyebabkan mereka tercedera.

“Kami buat ini semua demi tujuan keselamatan pengunjung itu sendiri,” kata jurucakap itu lagi.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah