SHOPPE

Mati-Mati Ingatkan Lelaki Ini Nak Bunuh Diri, Rupa-Rupanya Penyamun

Share:
Mati-Mati Ingatkan Lelaki Ini Nak Bunuh Diri, Rupa-Rupanya Penyamun


Johor Baharu – Lelaki yang dilaporkan cuba membunuh diri dengan bergayut di tingkap sebuah hotel di sini semalam, hingga menjadi viral di media sosial, sebenarnya adalah seorang daripada tiga anggota geng samun.




Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz berkata, kejadian berlaku ketika polis menyerbu bilik yang disewa ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 25 tahun itu di Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini pada pukul 1.15 tengah hari.

Dalam serbuan tersebut, seorang daripada mereka ditahan di bilik berkenaan selepas bergelut dengan seorang anggota polis manakala seorang lagi terjun dari aras tiga melalui tingkap hotel menyebabkan kakinya patah dan cedera di tulang belakang.

“Suspek ketiga pula cuba melarikan diri dengan meniti dan bergayut pada bahagian belebas tingkap dan tepi bangunan, sebelum terjun ke bumbung tingkat satu hotel, tetapi mengakibatkannya cedera di bahu.

“Ekoran kecederaan itu, kedua-duanya berjaya diberkas dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. –- Bernama




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah