SHOPPE

Memalukan!!!...Video Pasangan Kekasih Dicekup Berkhalwat

Share:
Memalukan!!!...Video Pasangan Kekasih Dicekup Berkhalwat




Tiga pasangan kekasih dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan di hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, hari ini.




Dalam serbuan bermula 12.30 tengah malam tadi, tiga pasangan terbabit berusia antara 24 hingga 49 tahun itu dicekup dalam bilik berasingan berdasarkan pemeriksaan di hotel berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, operasi itu adalah ops biasa yang dijalankan untuk membanteras kegiatan maksiat di bandar raya ini.

Beliau berkata, kebanyakan yang ditahan memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri malah ada di kalangan mereka mengaku mengenali pasangan melalui laman sosial.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.-Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah