SHOPPE

Menjijikan!!!...Model Tahan Bau Jijik Pakai Baju Daging Mentah

Share:
Menjijikan!!!...Model Tahan Bau Jijik Pakai Baju Daging Mentah



SEORANG model terkenal yang terpaksa memakai baju dibuat daripada daging mentah untuk majalah, mengakui baunya amat jijik selepas beberapa jam berada di bawah sinaran lampu studio.



Yulia Kaunova, dari Rusia, memakai pakaian pelik itu untuk sesi bergambar bagi sebuah majalah lelaki, Maxim di bandar raya St. Petersburg.

Ia direka Natalya Fadeeva yang menyambung kepingan daging mentah itu dengan menjahitnya di dalam studio.

Busana itu mengambil masa selama sejam untuk disiapkan dengan berat 25 kilogram.

Bagi tujuan penggambaran untuk majalah itu pula, Yulia terpaksa memakainya selama empat jam selepas jurugambar berpuas hati dengan gambar yang dirakamkan.

“Selepas beberapa jam saya mula menghidu bau busuk dan pada pukul 5 pagi, ketika kami berada di fasa akhir, saya sukar bernafas dan baunya boleh menyebabkan saya ‘gila’,” katanya.

Gambar berkenaan dikongsi dalam instagramnya dengan kapsyen: ‘Vegan in bukan untuk anda’.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah