SHOPPE

Mia Ahmad Bakal Kahwin Tahun Depan Penjaga Gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan

Share:
Mia Ahmad Bakal Kahwin Tahun Depan Penjaga Gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan


SETELAH sekian lama berteka-teki, pelakon Mia Ahmad mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.




Lebih menggembirakan, Mia juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.

Menurut Mia, mereka sudah berkawan selama setahun dan hubungan itu direstui keluarga masing-masing.

“Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi portal Rotikaya! ketika ditemui ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin 2016.

MOHD IZHAM TARMIZI ROSLAN

Pada masa yang sama, Mia memberitahu, dia masih belum menetapkan tarikh rasmi pernikahannya kerana jadual Izham yang padat hingga hujung tahun.

Mia turut menyatakan hasratnya yang enggan melalui proses bertunang sebaliknya terus diijabkabulkan dengan ikatan yang sah.

“Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini.

“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,” katanya lagi yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan.


Pasangan ini mula digosipkan bersama apabila Izham membuat kejutan semasa sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe.

Sumber: RotiKaya!



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah