SHOPPE

Penunggang Skuter Elak Rempuh Pejalan Kaki Namun Apa Yang Terjadi Amat Memeranjatkan

Share:
Penunggang Skuter Elak Rempuh Pejalan Kaki Namun Apa Yang Terjadi Amat Memeranjatkan


SEBUAH video yang dimuat naik oleh Kelab Info Malaysia berdurasi beberapa saat memaparkan kejadian seorang wanita berpakaian hitam sedang melintasi sebatang jalan raya.




Menerusi video yang sama, sebuah motosikal jenis skuter dinaiki oleh seorang penunggang dan pembonceng dilihat meluncur laju menghampirinya.

Penunggang dan pembonceng itu cuba mengelak dari merempuh wanita berkenaan namun sebaliknya yang berlaku apabila wanita itu tiba-tiba berlari lalu merempuh mereka.

Kedua-duanya terbabas hingga melanggar pembahagi jalan dan tercampak ke jalan raya bersebelahan. Manakala wanita pejalan kaki itu dilihat turut sama terpelanting dan terbaring di atas jalan raya akibat perlanggaran yang kuat.



Video yang dikongsi itu tidak menyatakan bila dan di mana kejadian itu berlaku. Malah identiti ketiga-tiga mangsa juga tidak diketahui.

Selain itu, tindakan wanita berkenaan merempuh skuter tersebut turut menjadi tanda tanya. Tidak dapat dipastikan tujuannya bertindak sedemikian. Adakah ia reaksi spontan yang cuba dilakukan untuk mengelak dari dirempuh ataupun kerana panik.

Jika diperhatikan pada video yang tersebar, wanita pejalan kaki itu tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang berada beberapa meter di hadapannya.

Adalah menjadi kesalahan bagi pejalan kaki untuk melintasi jalan raya sewenangnya tanpa menggunakan kemudahan yang telah disediakan.

Malah kemalangan melibatkan pejalan kaki kebanyakannya berpunca dari salah laku mereka sendiri kerana tidak mematuhi peraturan dan etika keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan.


-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah