SHOPPE

Rabidin (Orang Minyak ) Atau Rambo Betong Akhirnya Dihukum Gantung Sampai Mati

Share:
Rabidin (Orang Minyak ) Atau Rambo Betong Akhirnya Dihukum Gantung Sampai Mati


Rabidin (Orang Minyak ) Atau Rambo Betong Akhirnya Dihukum Gantung Sampai Mati|Hayat seorang penjenayah kejam yang dikenali sebagai Rabidin sati ‘Rambo Bentong’ yang juga dikenali sebagai “orang minyak” bakal berakhir di tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh dan merogol seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Ketari, Bentong, Pahang, tujuh tahun lalu.




Sebelumnya Rambo Bentong dijatuhi hukuman 133 tahun penjara dan sebatan 50 kali,namun semalam Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman gantung terhadap Rabidin Satir, 46, selepas menolak rayuan akhirnya.

Perayu dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’ kerana tinggal di hutan bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut dan menyerang mangsa.

Kuorum itu berpuas hati bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan ketera­ngan forensik, mencukupi untuk mensabitkan perayu terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh, selamat untuk dikekalkan.

Rabidin diwakili peguam Kamaruzaman A. Wahab manakala pendakwaan dikenda­likan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi.

Sebelum itu, kuorum tersebut mende­ngar penghujahan berhubung kesahihan bukti ujian DNA yang dijalankan oleh ahli kimia pada barang kes termasuk seluar dalam mangsa, paha kiri dan kanannya serta cecair yang ditemui dalam kemaluan mangsa.

Pihak pembelaan mempertikaikan kesahihan hasil ujian DNA kerana Rabidin ditangkap oleh pihak polis pada tahun 2012 sedangkan ujian DNA dijalankan terhadap barang kes yang ditemukan pada 2009, kira-kira tiga tahun sebelum itu.

Rabidin yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah disabitkan membunuh remaja perempuan itu antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan pukul 1.50 petang, keesokannya di sebuah rumah di Kampung Ketari, Bentong.

Keterangan kes menyatakan, mangsa yang bermain kompu­ter di dalam biliknya pada hari kejadian, dijumpai terlentang dengan selimut menutup badan hingga ke lehernya manakala terdapat kesan darah pada katilnya.

Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh mendapati Rabidin bersalah selepas menolak keterangan secara bersumpah yang dibuatnya bahawa dia tidak mengenali mangsa dan tidak ber­ada di lokasi kejadian.

Mahkamah tersebut juga memutuskan bahawa hasil ujian DNA yang dijalankan oleh ahli kimia terhadap barang kes yang ditemukan di lokasi kejadian dan seluar pendek milik mangsa, adalah sepadan dengan sampel DNA yang diambil daripada Rabidin.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah