SHOPPE

“Saya & Aiman Sudah Berbaik Kerana Tuntuan Agama”-Nur Fathia

Share:
“Saya & Aiman Sudah Berbaik Kerana Tuntuan Agama”-Nur Fathia


KUALA LUMPUR – Selepas hampir setahun putus cinta, pelakon Nur Fathia mengesahkan persengketaannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 27, akhirnya tamat selepas mereka kembali berhubung semula.




Fathia, 29, berkata, tiada apa yang perlu disorokkan mengenai perkara tersebut selain menyifatkan hubungan pada kali ini tidak lagi bersifat istimewa sebaliknya hanya memenuhi tuntutan Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.

“Benar, antara saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada penyudahnya untuk kita saling bermasam muka sedangkan Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim, bukan terus berdendam dan bermasam muka.

“Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa yang memulakan komunikasi rasanya tidak perlulah saya kongsikan di sini, cuma apa yang boleh saya katakan antara kami tiada lagi sengketa dan saya bahagia dengan kehidupan sekarang,” katanya kepada mStar Online.


FATHIA DITEMUI PADA PROGRAM KEMPEN KESEDARAN MERAIKAN 100 PESAKIT KANSER PAYUDARA ANJURAN AVON COSMETICS (MALAYSIA) DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL), DI SINI, PADA SABTU.

Selain HKL, kempen ini turut mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Breast Cancer Welfare Association (BCWA) dan National Cancer Society of Malaysia (NCSM).

Dalam pada itu, kata Duta Korporat & Jenama Avon ini lagi, selepas isu putus cinta dia bersama pelakon itu Disember tahun lalu, dia mula memperlahankan aktiviti seninya dan banyak belajar bagaimana untuk mengenal diri ke arah yang lebih positif.

Malah kata Fathia, kehidupannya pada hari ini semakin membahagiakan biarpun tidak terikat dengan mana-mana perhubungan cinta selain mula sibuk dengan perniagaannya ‘Dara by Fathia Latiff’ yang semakin menampakkan perkembangan positif.

“Buat masa ni biarlah saya single dulu tanpa cinta. Di sekeliling saya ramai orang yang membahagiakan termasukan keluarga yang sebelum ini banyak kualiti masa bersama mereka saya abaikan kerana sibuk dengan urusan seni.

Fathia dan Aiman bergandingan dalam teater Bidasari yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.

“Alhamdulillah, sekarang saya mulai tahu apa sebenar yang saya cari dalam hidup. Pengalaman yang lalu banyak mengajar saya untuk berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri, Dia Isteri Luar Biasa ini meluahkan rasa syukur kerana dapat turut serta dakam Kempen Kesedaran Kanser Payudara bersama Avon dan HKL yang dianggapnya memberi informasi berguna.

“Jujur saya katakan sebelum ini saya tidak pernah ambil endah tentang penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu wanita ini sehinggalah mendengar penjelasan doktor dan perkongsian bekas-bekas pesakit kanser payudara.

“Malah air mata saya hampir gugur sebentar tadi melihat semangat juang dan betapa positifnya pesakit-pesakit ini meneruskan kehidupan di mana kalau saya berada di tempat mereka, belum tentu saya boleh jadi sekuat mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas ini dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan sendiri di rumah selain cuba berkongsi maklumat kepada peminat mengenai pentingnya pencegahan awal kanser payudara melalui media sosial miliknya. – mStar Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah