SHOPPE

Selepas Keluarga Desak Kahwin Lagi Lelaki Potong Kemaluan Sendiri

Share:
Selepas Keluarga Desak Kahwin Lagi Lelaki Potong Kemaluan Sendiri


Gambar Hiasan

Seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak memotong kemaluan sendiri selepas tidak tahan dengan desakan anggota keluarganya yang mahu dia berkahwin lagi.




Lelaki yang sudah berkahwin berkenaan dikejarkan ke hospital oleh saudara lelakinya, bersama-sama organ yang dipotong itu.

Kejadian berlaku sembilan hari lalu.

Perunding dan Ketua Jabatan Urulogi Hospital Al Qasimi, Dr Younis Al Shamsi, yang melakukan pembedahan tiga jam, berkata organ berkenaan berjaya dicantum semula.

Menceritakan kes itu, Dr Al Shamsi berkata, lelaki berkata yang semakin pulih berkemungkinan menghidap masalah mental yang mendorong beliau bertindak demikian.

Dr Al Shamsi berkata, kejadian berlaku apabila ibu bapa lelaki itu memaksa beliau berkahwin lagi walaupun sudah mempunyai isteri yang menetap di negara asal mereka.

Apabila keluarganya terus memaksanya, dalam keadaan marah, lelaki itu mengambil pisau dan memotong kemaluan sendiri.

Pada awalnya, beliau enggan menjalani pembedahan tetapi bersetuju selepas dipujuk doktor dan saudara lelakinya.

Kejadian dilaporkan kepada polis Sharjah dan beliau dijangka disoal siasat selepas dibenarkan meninggalkan hospital. – Suara.TV




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah