SHOPPE

Siapa Sangka Kucing Pun Boleh Jadi Bintang Media Sosial

Share:
Siapa Sangka Kucing Pun Boleh Jadi Bintang Media Sosial



Tanpa disangka, seeokor kucing secara tidak sengaja telah menjadi bintang televisyen dan media sosial selepas ia merayau-rayau di dalam studio ketika rancangan “Good Morning Denizli” yang dihoskan oleh Kudret ÇelebioÄŸlu, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen DRT, di Turki.




Pada mulanya kucing itu sesat dan berdiri di atas kerusi hingga mengganggu Kudret. Ia kemudiannya naik ke atas meja dan memandang kamera seolah-olah ia merupakan penyampai bersama rancangan terbabit.

Kucing itu kemudiannya duduk di atas komputer riba Kudret, yang ketika itu sedang membacakan tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.

Pada masa sama Kudret memberitahu penonton terdapat tetamu yang mengejutkan di studio dan memaklumkan dalam keadaan cuaca sejuk itu, kucing tersebut sudah pasti lapar.

Menurut Kudret, orang ramai sepatutnya memberi makan dan menjaga kucing terbiar yang berada di jalanan. Dia kemudiannya meminta bantuan penolong pengarah studio untuk mengalihkan kucing terbabit dari studio.

Kucing tersebut telah diberikan nama Hüsnü dan dilaporkan telah dipelihara oleh salah seorang kakitangan stesen televisyen terbabit.

Hüsnü kini berjaya menjadikan pujaan hati netizen dan mereka turut memuji tindakan Kudret yang tidak menghalau kucing berkenaan sebaliknya membiarkan binatang itu duduk di atas komputer ribanya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah