SHOPPE

Video Gara-Gara Lambat Buka Palang, Lelaki Botak Mengamuk

Share:
Video Gara-Gara Lambat Buka Palang, Lelaki Botak Mengamuk



GARA-gara dikatakan lambat membuka palang, seorang pengawal keselamatan cedera selepas ditumbuk seorang lelaki botak dipercayai di SL7, Bandar Sungai Long, Kajang.




Kejadian yang berlaku pagi Sabtu lalu itu berjaya dirakam kamera litar tertutup di kawasan pondok pengawal dan dikongsikan My Scandal dalam Facebooknya hari ini.

Dalam video yang berdurasi 37 saat itu, kelihatan seorang lelaki botak berbaju kuning menaiki kereta jenis Perodua Myvi memasuki dan menyerahkan kad pengenalan kepada pengawal sebelum masuk ke kawasan itu. Amukan Lelaki Botak


Lelaki berkenaan tiba-tiba keluar dari kereta dan menyerang pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing kerana dikatakan melengah-lengahkan masanya untuk melalui pondok tersebut.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki itu menumbuk beberapa kali dan memarahi pengawal keselamatan.


Turut kelihatan seorang kanak-kanak yang berada dalam kenderaan itu melihat kejadian tersebut.

Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan cedera akibat terkena tumbukan lelaki tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu tidak membantu sebaliknya hanya memerhatikan dari jauh dan tidak kurangnya melarikan diri.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah