SHOPPE

Wanita Songlap Duit Majikan Kini Jadi Menawan

Share:
Wanita Songlap Duit Majikan Kini Jadi Menawan



Seorang kerani sumber manusia yang melakukan pecah amanah dengan mencuri wang gaji milik majikannya hampir RM500,000 dan berjaya melakukan transformasi dari gemuk ke kurus, kini berdepan dengan hukuman penjara.




Leanne Rungay, 28, berjaya menurunkan berat badannya dengan ketara dan telah mempromosikan dirinya sebagai jurulatih bagi membantu orang ramai menikmati kehidupan sihat, dalam instagramnya dengan jumlah pengikut lebih 1,600 orang.

Dia mendakwa diet dan senaman berjaya membantu mengurangkan berat sebanyak 31kg.

Namun keadaan itu bakal berakhir apabila hukuman ke atasnya bakal ditentukan oleh mahkamah sesyen.

Rungay, yang berkhidmat dengan Spencer Ogden, telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada syarikat berkenaan ke dalam akaun simpanannya antara Jun 2014 hingga 16 September tahun lepas.

Dia telah didakwa di mahkamah majistret Westminster namun timbalan hakim daerah, Adrian Turner mendapati kes berkenaan terlalu serius untuk dikendalikan oleh majistret dan memindahkannya ke mahkamah sesyen untuk hukuman.

Wanita itu dibenarkan ikat jamin sebelum sebutan kes di Mahkamah Sesyen Southwark pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah