SHOPPE

Gara-Gara Potong Barisan, Pemuda ‘Dihujani’ Muntah

Share:
Gara-Gara Potong Barisan, Pemuda ‘Dihujani’ Muntah



SEORANG pemuda menerima nasib malang terkena muntah seorang lelaki apabila dia cuba memotong barisan.




Menerusi klip kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi laman LiveLeak, pemuda memakai topi besbol, berbaju T putih dan berjaket kulit hitam itu pada awalnya dirakam beratur bersama pelanggan lain di sebuah pasar raya.

Namun setelah lama menunggu, dia bertindak nekad memotong barisan pelanggan di hadapannya untuk mencapai sesuatu dari kaunter pasar raya itu.


Akibatnya, pelanggan berkenaan tiba-tiba termuntah dan mengenai pada bahagian bahu kanan jaket kulit yang dipakainya.

Pemuda malang itu dilihat menanggalkan jaket kulitnya dengan rasa jijik menyelubungi dirinya. Manakala lelaki yang muntah itu pula berlalu selamba meninggalkan kaunter berkenaan.

Klip yang tersebar itu tidak dinyatakan lokasi kejadian. Beberapa orang lelaki yang menonton kejadian itu dilihat ketawa terbahak-bahak dengan insiden yang menimpa pemuda berkenaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah