SHOPPE

Wanita Sarat Mengandung Mati Ditembak Di Selatan Thai

Share:
Wanita Sarat Mengandung Mati Ditembak Di Selatan Thai


PATTANI – Seorang wanita yang mengandung sembilan bulan mati manakala rakannya parah akibat ditembak ketika mereka sedang menaiki motosikal di Palas, Panarek di sini malam tadi.




Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Panarek, Kapten Norawit Thongsod berkata kejadian berlaku pada pukul 7.20 malam yang membunuh Rattikan Chawang, 26, dan mencederakan rakan wanitanya Saijai Thongdee, 26.

“Kedua-dua mangsa ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali yang juga menaiki motosikal ketika mereka sedang membeli ayam goreng dari gerai yang terletak hanya 200 meter dari pos keselamatan Renjer,” katanya.

Beliau berkata pihak doktor cuba menyelamatkan bayi dalam kandungan mangsa tetapi gagal. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah