SHOPPE

12 Model Cantik Dari Iran Dihukum Penjara Kerana Sebar Budaya Barat

Share:
12 Model Cantik Dari Iran Dihukum Penjara Kerana Sebar Budaya Barat



12 model di Iran telah dihukum penjara hingga enam tahun selepas didapati bersalah kerana menyebarkan budaya barat iaitu berbogel dan menggalakkan pelacuran.




Mereka yang terdiri daripada lapan wanita dan empat lelaki itu juga dilarang daripada bekerja dalam industri fesyen selepas menamatkan hukuman dan tidak dibenarkan meninggalkan bandar Shiraz.

Kesemua mereka tidak mengaku salah dan akan mengemukakan rayuan.

Mereka dikenakan hukuman penjara antara lima bulan hingga enam tahun. Menurut laporan, mereka yang ditangkap termasuk Melikaa Zamani, Niloofar Behboudi, Donya Moghadam, Dana Nik, Shabnam Molavi, Elnaz Golrokh dan Hamid Fadaei.

Awal tahun ini beberapa model telah ditangkap kerana memuatnaik gambar tidak bertudung di dalam media sosial.

Salah seorang daripadanya adalah jelitawan Elham Arab, yang terkenal sebagai model untuk gaun pengantin. Dia telah disiasat kerana menyebarkan budaya barat.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah