SHOPPE

Demi Keselamatan Pemandu Di Jalan Raya Thailand Haramkan Pelekat Kereta Papar Imej Hantu

Share:
Demi Keselamatan Pemandu Di Jalan Raya Thailand Haramkan Pelekat Kereta Papar Imej Hantu



BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengharamkan penggunaan pelekat cermin hantu pada kenderaan kerana bimbang ia menakutkan pemandu, lapor Bangkokpost.




Pelekat itu yang dilekat di cermin belakang kenderaan mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus boleh menyebabkan kemalangan.

Imej hantu itu tidak kelihatan pada waktu siang tetapi muncul pada waktu malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang.

Pelekat yang amat popular di China itu memaparkan imej zombi dan hantu lain termasuk pontianak bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.


Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan semalam memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain.

Walaupun tiada lagi aduan mengenai penggunaan pelekat itu di Thailand, tetapi pihak berkuasa mengambil keputusan untuk mengharamkannya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248).

“Keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah