SHOPPE

Kejam!!!...Wanita Digigit Dan Dipukul 21 Kali Oleh Bekas Kekasih

Share:
Kejam!!!...Wanita Digigit Dan Dipukul 21 Kali Oleh Bekas Kekasih



SEORANG wanita mengalami ketakutan seumur hidup selepas bekas kekasihnya yang cemburu telah memukul dan menggigit mukanya sebanyak 21 kali dengan harapan tidak ada lelaki lain yang akan memandang wajahnya lagi selepas ini.




Melody Moon, 25, yang berasal dari Yeovil, Somerset, ketika menceritakan pengalaman ngeri itu berkata, dia telah berpisah dengan Jamie Mitchell, 27, selepas lelaki itu suka mengawal dan bertindak ganas terhadapnya.

Namun tanpa disedari oleh Melody, Jamie menyimpan dendam. Dia telah berpura-pura mengajak Melody datang ke rumahnya kononnya untuk berbincang sesuatu.

“Kau akan mati,’’ kata Jamie dan dia kemudiannya memukul wanita itu hingga rebah dan menjerit kepada Melody dengan menyatakan dia akan makan muka wanita itu supaya tiada lelaki lain yang akan mendekatinya.

Melody yang ketika itu sedang bergelut dengan kesakitan, tidak menyangka sama sekali bahawa Jamie menggigit mukanya, bibir dan telinga.

Pukulan Jamie juga mengakibatkan Melody mengalami kecederaan di bahagian anak mata, patah hidung dan badan.

“Jamie memukul muka saya sebanyak 21 kami. Dia juga menggigit muka saya dan saya dapat rasakan dia cuba makan saya hidup-hidup,’’ katanya.

Jiran yang mendengar jeritan Melody telah menghubungi polis sementara Jamie telah melarikan diri.

Ketika ibu bapanya datang, mereka terkejut dan menangis melihat Melody diperlukan sedemikian rupa.

Jamie akhirnya ditangkap manakala Melody pula selain mengalami ketakutan dan trauma, wajahnya turut mengalami kecacatan kekal terutama di bahagian muka, bibir dan mata.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah