SHOPPE

Lelaki Warga Asing Jalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur

Share:
Lelaki Warga Asing Jalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur



SEORANG lelaki yang bertelanjang bulat dikesan berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.




Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, beberapa gambar memaparkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang dengan mendedahkan punggungnya turut menjadi viral di media sosial.


Memetik The Star, jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat.

“Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera.

“Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian,” katanya.

Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu.

“Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami).

“Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas tiada kad pengenalan diri,” kata jurucakap itu.


Difahamkan, lelaki itu berjalan tanpa tujuan di sekitar pusat beli belah berkenaan selama setengah jam sebelum dicekup pihak berkuasa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah