SHOPPE

Padah Mencuri Ayam Dipukul Dan Dibogelkan Sebagai Hukuman

Share:
Padah Mencuri Ayam Dipukul Dan Dibogelkan Sebagai Hukuman



PADAH mencuri. Seorang lelaki menerima hukuman daripada penduduk kampung di Maoming, China, apabila dia diikat, dibogelkan dan dimalukan di depan khalayak ramai, kerana mencuri ayam.




Ayam turut digantung di lehernya sebagai balasan. Kejadian itu berlaku pada bulan ini apabila lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya telah memasuki kampung itu, lalu mencuri ayam.

Nasibnya tidak baik apabila dia berjaya ditangkap, manakala rakannya telah melepaskan diri.

Video mengenai hukuman itu telah dimuatnaik ke dalam media sosial. Lelaki itu yang malu besar dengan kejadian terbabit hanya menundukkan kepala tatkala dia dikerumi ramai.

Hukuman yang dijalankan seumpama itu bukan kali pertama berlaku malah sebelum ini banyak kes yang sama telah dilakukan ke atas penjenayah di China.

Pada 2013, seorang pemilik kedai telah menangkap seorang wanita yang mencuri di kedainya lalu memotong rambut wanita itu sebagai hukuman.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah