SHOPPE

Padah Mencuri!!!..Penduduk Campak Pencuri Dalam Lubang Najis

Share:
Padah Mencuri!!!..Penduduk Campak Pencuri Dalam Lubang Najis



GUILIN – Tindakan seorang lelaki yang mencuri seekor anjing di sebuah kampung di sini membawa padah apabila dia ditangkap sebelum dicampak ke dalam lubang najis.




Media tempatan melaporkan, penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan yang cuba mencuri anjing milik seorang penduduk baru-baru ini.

Penduduk tidak memukul lelaki itu sebaliknya memutuskan untuk mencampak suspek ke dalam lubang najis sebagai hukuman terhadapnya.

Lebih malang lagi, lelaki itu dipaksa berdiri di dalam lubang najis berkenaan selama beberapa minit.

Lelaki itu dilaporkan merayu supaya dikeluarkan dari lubang najis berkenaan tetapi tidak dihiraukan.

Dia hanya dikeluarkan dari lubang najis berkenaan selepas polis tiba untuk menahannya.

Gambar lelaki itu yang berdiri dalam lubang najis menjadi tular di media sosial di China dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna Internet.

Ini bukan kali pertama pencuri anjing dihukum penduduk di wilayah Guangxi Zhuang yang mempunyai tradisi memakan daging haiwan itu.

Pada tahun ini, dua lelaki yang ditangkap kerana mencuri anjing dipukul penduduk kampung sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut. – Agensi/myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah