SHOPPE

RM15K Terselamat Disamun Setelah Setengah Jam Bergelut

Share:
RM15K Terselamat Disamun Setelah Setengah Jam Bergelut


SEORANG wanita di China berjaya mendapatkan kesemua wang tunainya daripada perompak setelah berhempas pulas mengejar suspek selama setengah jam.




Dalam kejadian yang berlaku pada 13 Disember itu, mangsa yang dikenali sebagai Wang baru keluar dari sebuah bank di Yiwu, timur China sambil membawa 24,000 yuan (RM15,470.50) di tangannya, lapor People’s Daily.

Difahamkan wang tersebut adalah daripada pelanggan syarikatnya dan Wang mengeluarkan wang tersebut untuk didepositkan ke sebuah bank lain pula.

Kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV yang terdapat di situ. Menerusi rakaman itu, Wang yang memakai kasut tumit tinggi terjatuh ke tanah ketika diserang oleh suspek yang memakai kot hitam.





Wang nekad mengejar lelaki itu sambil menjerit “Saya dirompak” namun suspek membalas jeritan itu mendakwa Wang telah meminjam wang darinya untuk mengelak dirinya dihalang oleh orang awam yang berada di sekitar.

Meskipun barkasut tumit tinggi, Wang berjaya mengejarnya dan melompat ke atas motosikal ditunggang suspek sebelum merangkul lehernya menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pan, 48; kemudian berjaya diberkas pihak berkuasa keesokan harinya di sebuah rumah sewa di Yitingzhen.

Suspek didakwa atas kesalahan melakukan jenayah berkaitan insiden samun tersebut.


-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah