SHOPPE

Wanita Cantik Ini Terkejut Diintai Oleh Pengurus Hotel Yang Miang

Share:
Wanita Cantik Ini Terkejut Diintai Oleh Pengurus Hotel Yang Miang



APABILA kita mendaftar masuk ke dalam sesebuah hotel, perkara pertama yang kita harapkan ialah privasi, terutama daripada kakitangan hotel. Namun bagi seorang wanita, ia merupakan satu mimpi ngeri.




Clare Day, 27, telah berjaya ‘menangkap’ pengurus hotel Best Western di Walworth Castle, sedang mengintainya menerusi tingkap bilik hotelnya.

Apabila Clare mendapati lelaki yang sedang mengintainya itu merupakan lelaki sama yang menguruskan urusan pendaftarannya, Clare telah menjerit dan memaklumkan kepada staf hotel yang lain.

Mereka kemudiannya menasihatkan Clare supaya membuat laporan polis.

“Saya nampak mukanya menerusi cermin bilik air, ia merupakan sesuatu yang menakutkan.

“Saya berasa sangat sakit hati dan dia mensasarkan saya kerana saya sendirian,’’ kata ibu kepada dua anak itu.

Menurut Clare, pengurus hotel berkenaan cuba mendekatinya sebelum itu ketika dia sedang makan di restoran dalam hotel tersebut.

“Saya rasa terganggu kerana saya ada urusan di situ dan kemudian hanya mahu tidur,’’ katanya.

Selepas membuat laporan, pengurus hotel berkenaan telah dipecat dan Clare juga ditawarkan untuk menetap di situ percuma.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah