SHOPPE

Anak Hasil Hubungan Dengan Warga Asing Ditinggalkan Begitu Sahaja

Share:
Anak Hasil Hubungan Dengan Warga Asing Ditinggalkan Begitu Sahaja



KANAK-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian oleh ibunya kerana pulang ke kampung adalah anak tidak saf taraf.




Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, anak itu dipercayai hasil hubungan ibunya bersama seorang lelaki warga Indonesia.

“Mangsa adalah anak yang aktif dan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, dipercayai adalah anak tidak taraf hasil perhubungannya dengan seorang warga Indonesia,” katanya.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui bersendirian dalam keadaan bogel di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Penemuan kanak-kanak itu terbongkar selepas pihak polis menerima aduan dari penduduk tempatan yang mendengar suara tangisan kanak-kanak itu di sebuah rumah gelap.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang anak dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi anak dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori.

Suami keduanya itu juga dipercayai itu tidak tahu mangsa adalah anak kepada isterinya kerana wanita itu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kawan yang dijaganya.

Difahamkan, wanita itu pulang ke kampung bagi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini.

Wanita itu hanya membawa dua anaknya manakala, mangsa terpaksa ditinggalkan kerana kewujudannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya.

Sumber: BH Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah