SHOPPE

Awek Cantik Buat ‘Tarian Penguin’ Dalam Stor Simpanan Barang

Share:
Awek Cantik Buat ‘Tarian Penguin’ Dalam Stor Simpanan Barang



SEKUMPULAN tiga gadis mencetuskan sensasi di laman media sosial apabila video mereka menari tarian Penguin tersebar.




Ketiga-tiga gadis yang lengkap bertudung dan beruniform kerja warna biru, merah dan kuning menari di dalam sebuah stor tempat penyimpanan barang sebuah premis yang tidak dinyatakan lokasinya.

Laman Facebook yang berkongsi video itu juga tidak menyatakan kenapa ketiga-tiga awek tersebut melakukan tarian itu, tidak dapat dipastikan sama ada ianya sekadar untuk menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja atau sekadar suka-suka sahaja.

Video yang tersebar telah ditonton lebih 36 ribu kali dan mencetuskan pelbagai komen serta reaksi negatif daripada netizen.

Seorang netizen, Mohd Adlan Illias menulis “Kenapalah kaum pompuan di akhir zaman ni byk buat perkara pelik2…bodoh2 adoiii.”

Manakala Mohamad Asyraf Mohamad Razif berdoa agar keturunannya dijauhkan dari berkelakuan memalukan seperti itu.

“Minta dijauhkan anak aku dari berperangai begini,” tulisnya.

Malah tidak kurang juga yang menganggap video yang tersebar itu sebagai bahan jenaka dan memberikan komen dalam nada berseloroh.

“Hang pilih mana satu..aku cop sebelah kiri dulu,” tulis Mohamad Halim ditujukan kepada Haffy Zaini, Ayie Din dan Syafiq Azmi.

Sementara itu, Ahmed Khirani pula menulis, “Penguin tengah yang comel. Rasa nak kurung dalam bilik buat binatang peliharaan.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah