tet

Biodata Dan Profile Lengkap Genervie Kam Isteri Kepada Penyanyi Hazama

Share:
Biodata Dan Profile Lengkap Genervie Kam Isteri Kepada Penyanyi Hazama


Penyanyi Hazama yang popular dengan lagu Sampai Mati kini sedang merancang untuk bernikah dengan kekasih hatinya iaitu Genervie Kam tidak lama lagi. Setelah tiga tahun mereka bercinta, akhirnya mereka bakal disatukan selepas Aidilfitri nanti.




Menurut Hazama, majlis pernikahan nanti akan diadakan secara ringkas sahaja dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” katanya.

Terkini :
Selamat pengantin baru diucapkan kepada penyanyi, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam yang telah selamat diijabkabul pada 15 Jan 2017 dengan mas kahwin sebanyak RM300. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja di Orchard Villa, Gombak. Menurut Hazama, kedua-dua buah keluarga sudah bersetuju untuk melakukan perkara yang wajib sahaja dahulu.

“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” kata Hazama.
Genervie Kam adalah seorang pemuzik yang terkenal. Pasangan ini telah bercinta selama hampir lima tahun dan selesa melangsungkan perkahwinan dengan cara yang sederhana tanpa majlis besar-besaran.



Biodata Dan Profile Lengkap Genervie Kam Isteri Hazama
Nama Sebenar: Genervie Kam Shi Ling
Nama Panggilan: Gen
Tarikh lahir: 24 May 1980
Umur: 37 tahun (2017)
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Bangsa: Cina
Agama: Kini memeluk agama Islam
Adik-beradik: Kakak kepada Arthur Kam (pemain drum)
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pemain violin, piano dan pengarah muzik

Fakta Menarik Tentang Genervie Kam
1. Merupakan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.
2. Pernah membuat persembahan dengan dengan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ning Baizura, Anuar Zain, Nikki, Mawi, Hazami, Vince, Faizal Tahir, Bunkface, Hujan dan Tomok.
3. Menggemari masakan Melayu seperti ikan patin masak tempoyak.
4. Telah memeluk agama Islam beberapa bulan sebelum berkahwin dan memilih untuk mengekalkan nama asalnya.








-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  azhan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah