Demi Dadah Gadis 17 Tahun Rela ‘Diratah’ 5 Lelaki

Demi Dadah Gadis 17 Tahun Rela ‘Diratah’ 5 Lelaki


DEMI mendapatkan bekalan dadah untuk kekasih, seorang gadis berusia 17 tahun sanggup menggadai maruah dan membiarkan tubuhnya ‘diratah’ lima lelaki.




Gadis yang berasal dari Kampung Paya Jenun, Pendang, Kedah itu dikatakan lari dari rumahnya pada 18 Januari lalu, membuatkan bapanya yang berusia 39 tahun membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Is, bapa mangsa bersama empat sepupunya pergi ke rumah di Taman Permai Utama, Gurun, selepas mengetahui anaknya berada di situ hasil maklumat awam.

“Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki, tiga daripadanya dikenali,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, hasil siasatan awal mangsa mengaku melakukan hubungan seks lebih 10 kali dengan teman lelakinya secara sukarela.

“Lebih menggemparkan, mangsa juga menceritakan dia turut melakukan seks bersama lima rakan teman lelakinya kerana kasihan dia tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

“Mangsa sanggup melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan dadah untuk teman lelaki secara sukarela,” katanya.

Md Zukir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan kesihatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger