SHOPPE

Dia Tunjuk ‘Isyarat Jari Lucah’ Pada Saya Sedangkan Dia Yang Salah

Share:
Dia Tunjuk ‘Isyarat Jari Lucah’ Pada Saya Sedangkan Dia Yang Salah


PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsikan pengalaman nyaris menjadi mangsa kemalangan selepas kenderaannya dipotong secara melulu oleh seorang pembuli jalan raya dalam kejadian di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), di sini, Sabtu lalu.




Mangsa, Lee Shervin menerusi perkongsian video di halaman Facebook, menceritakan detik dia dihimpit oleh pemandu berkenaan yang turut melakukan brek kecemasan beberapa kali, dengan berniat agar mangsa melanggar kenderaannya.

“Pemandu wanita ini memasuki lorong di hadapan saya tanpa memberi sebarang isyarat untuk memotong, malah bila dihon dia merenung saya seolah-olah saya yang bersalah dalam insiden ini.

“Malah dia juga dengan sengaja melakukan brek kecemasan di hadapan agar saya melanggarnya menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah.

“Dia tidak tahu yang kereta saya ada dash cam sehinggalah saya memaklumkan pada dia dan tiba-tiba dia mula bercakap dengan penuh beretika,” tulis Lee dipautan video.

Difahamkan, pemandu wanita itu turut menunjukkan isyarat lucah beberapa kali kepadanya Lee seolah dipersalahan kononnya enggan memberikan ruang untuk memotong.


Mangsa turut menasihatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan pemandu wanita ini yang akan cuba melakukan apa sahaja biarpun menyedari aksi pemanduannya telah dirakam.

“Tolong berhati-hati dengan wanita ini yang memandu Toyota Vios, nombor pendaftaran WB 9213 N.

“Dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk membuktikan kononnya dia tidak bersalah sehingga sanggup menyebabkan dirinya dilanggar biarpun ketika itu dia membawa anaknya berada di dalam kereta,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah