SHOPPE

Disalah Anggap Pencuri Wanita Maut Terkena Semut Api Beracun

Share:
Disalah Anggap Pencuri Wanita Maut Terkena Semut Api Beracun



MALANG menimpa seorang wanita apabila dia digigit oleh semut api beracun sehingga meninggal dunia selepas diikat di pokok, kerana disalah anggap sebagai pencuri kereta.




Wanita berusia 52 tahun itu diikat di sebatang pokok bersama dua anaknya yang berusia 22 dan 28 tahun di Caranavi, Bolivia itu sebagai hukuman daripada penduduk. Anak-anaknya bagaimanapun terselamat.

Mangsa meninggal dunia selepas salur kerongkongnya membengkak akibat digigit semua api, menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Dia meninggal dunia di hospital.

Ketika kejadian, dia dikatakan mahu menyelamatkan dua anaknya yang didakwa mencuri kereta namun wanita itu turut menerima hukuman sama. Mereka turut dipukul oleh penduduk di situ.

Siasatan awal mendapati mereka telah datang ke bandar terbabit untuk mengutip hutang. Pada mulanya siasatan dibuka bagi kes curi kereta namun kini ia bertukar menjadi siasatan kes bunuh dan serangan.

Setakat ini seorang penduduk telah ditangkap kerana disyaki menghasut penduduk untuk melakukan perbuatan terbabit namun pihak berkuasa yakin ramai lagi yang mengambil bahagian dalam kejadian itu.

Penduduk di situ bagaimanapun tetap menuduh tiga beranak itu sebagai penjenayah yang mencuri kereta milik penduduk miskin di situ.

“Penduduk di sini telah melakukan pengorbanan besar untuk mengekalkan kenderaan mereka tetapi telah dirompak,’’ kata salah seorang penduduk.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah