SHOPPE

Gadis Cantik Kantoi Seludup BF Keluar Penjara Dalam Beg Pakaian

Share:
Gadis Cantik Kantoi Seludup BF Keluar Penjara Dalam Beg Pakaian



BENARLAH kata pepatah bahawa cinta itu buta dan mampu menjadikan seseorang bertindak di luar kawalan gara-gara cinta.




Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Venezuela, Antonieta Robles Saouda, 25, apabila cubaan menyeludup keluar pasangannya dari penjara di dalam sebuah bagasi pakaian berwarna merah jambu terkantoi.

Teman lelakinya, Ibrain Jose Vargas Garcia sedang menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di penjara Jose Antonio Anzoategui, timur laut Venezuela atas kesalahan melakukan rompakan kereta.


Saouda melawat Garcia bersama sebuah beg berwarna merah jambu. Namun tindakan Saouda menimbulkan keraguan beberapa pengawal penjara apabila dia dilihat bergelut dan bersusah payah untuk membawa beg itu keluar dari penjara tersebut.

Apabila siasatan dilakukan ke atas bagasi pakaian itu mendapati Garcia berada di dalamnya di sebalik beberapa pakaian yang digunakan untuk menyembunyikannya.

Susulan kejadian itu, Garcia dihantar semula ke penjara manakala Saouda ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang kanak-kanak perempuan yang menemani Saouda ketika melawat Garcia dihantar ke pusat kebajikan sementara menunggu siasatan kes itu.

Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan anak kepada pasangan tersebut ataupun tidak.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah