SHOPPE

Gara-Gara Seks Bebas Ramai Gadis Jepun Sakit Faraj

Share:
Gara-Gara Seks Bebas Ramai Gadis Jepun Sakit Faraj


TOKYO — Semakin ramai wanita muda Jepun mengadu sakit di bahagian faraj mereka sekali gus menyaksikan peningkatan mendadak jumlah pesakit sifilis di seluruh negara ‘matahari terbit’ itu.




Situasi aneh tersebut turut memaksa pihak Kementerian Kesihatan Jepun bertindak membentuk satu pasukan penyelidik khusus demi mencari jalan untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin berjangkit tersebut.

Sifilis merupakan salah satu infeksi penularan seksual akibat bakteria dikenali sebagai Treponema pallidum yang mula dikesan di Itali sejak kurun ke-15 dan kini dianggarkan lebih 15 juta penghidap direkodkan di serata dunia.

Menurut laporan agensi berita tempatan Kyodo, berdasarkan data yang dikumpul dari pelbagai hospital di seluruh Jepun, sepanjang tahun lalu sahaja, bilangan penderita sifilis secara rasmi sudah mencapai 4,259 orang.

Angka itu meningkat sebanyak 77 peratus berbanding hanya kira-kira 2,412 penghidap pada tahun sebelumnya, bahkan angka tersebut melonjak tujuh kali ganda dibandingkan dengan rekod satu dekad yang sebelumnya.

Jangkitan berkenaan dipercayai disebarkan akibat perilaku heteroseksual secara bebas malah, lebih menakutkan pihak berkuasa apabila angka jangkitan diwarisi daripada ibu kepada anak pun didapati mengalami peningkatan.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Kesihatan menggalakkan rakyat Jepun yang berasa diri mereka berisiko tinggi untuk diserang sifilis agar segera menjalani pemeriksaan lanjut sebelum bahagian kemaluan mereka rosak teruk.


Ini kerana, penyakit tersebut tetap dapat disebarkan secara senyap, meskipun si penghidap belum merasakan apa-apa pun kejanggalan pada alat kemaluan mereka selepas mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan.

Perilaku golongan muda Jepun yang bangga dapat berganti pasangan seks, selain kegiatan pekerja industri seks, dan peningkatan jumlah pelancong asing juga dipercayai menjadi pemicu penyebaran penyakit ini begitu pantas.

Namun, setakat ini Kementerian Kesihatan bingung belum memperoleh kepastian mengenai penyebab utama penyebaran cepat jumlah penghidap sifilis luar biasa dalam kalangan wanita jika dibandingkan rekod 10 tahun lalu.

Pada ketika ini, penghidap sifilis di Jepun diminta supaya melaporkan diri secara sukarela kepada pihak berkuasa, jika mereka pernah melakukan hubungan jimak, baik dengan pasangan sejenis atau pun berbeza kelaminnya.

Pesakit sifilis yang memiliki pengalaman seks oral pun digalakkan harus melaporkan diri kerana infeksi tersebut dapat menular menerusi penghisapan zakar, yang dikenal pasti dengan munculnya ruam di dalam mulut mereka.

Di Jepun, kewajiban pesakit melapor situasi berbahaya semacam ini ditetapkan menerusi undang-undang tentang penyakit tular dan dianggap sebagai kesalahan jika ada penduduk yang sengaja merahsiakan penderitaan kesihatan.


Media tempatan turut mendedahkan penyebaran infeksi sifilis paling banyak dilaporkan di Shinjuku Ward, Tokyo. Wilayah tersebut memang dikenal sebagai lokasi hiburan malam di ibu kota Jepun yang dihuni 13 juta penduduk.

Sebanyak 40 peratus pesakit sifilis yang direkodkan di seluruh Tokyo secara kebetulan berasal dari daerah merah ini waima Shinjuku Ward juga menyumbang angka 20 peratus daripada jumlah penderita sifilis di seluruh Jepun.

Susulan situasi itu, pihak berkuasa kesihatan di Shinjuku Ward mengarahkan semua hospital agar menyiasat latar belakang pesakit terutama berkisar mengenai apakah bekerja dalam bidang hiburan dan kerakyatan mereka.

Data tersebut diharapkan dapat membolehkan pasukan khas kementerian membuat ‘peta laluan’ utama corak penyebaran sifilis di Jepun dan menyasarkan penyelesaian penularan jangkitan menjelang Mac tahun depan.

Ketua Bahagian Bakteria di Institut Nasional Penyebaran Penyakit Berjangkit Jepun, Makoto Onishi yang dipilih menjadi ketua pasukan itu berhasrat mengenal pasti kelompok paling berisiko selain aspek pencegahan awal.

Manakala Kunio Kitamura, Ketua Persatuan Perancangan Keluarga Jepun memberi amaran, sifilis kini mampu merebak kecuali pasangan yang setia tidak pernah berzina dengan individu lain.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah