SHOPPE

Gara-Gara Tunggu Minyak Kereta Penuh Wanita Ini Menari Sakan

Share:
Gara-Gara Tunggu Minyak Kereta Penuh Wanita Ini Menari Sakan



SEBUAH laman menerusi Facebook berkongsi satu rakaman video aksi seorang wanita selamba menari sakan sambil menunggu minyak kereta yang diisinya penuh.




Video yang menjadi tular itu dipercayai dirakam di salah sebuah stesen minyak di Thailand berdasarkan tulisan pada papan tanda iklan yang terdapat di belakang wanita tersebut.

Menerusi video itu, seorang wanita memakai baju berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans paras betis yang carik di bahagian paha dilihat menari dengan riang sekali, bagi mengisi waktu terluang sementara minyak kereta diisinya penuh.

Tidak dapat dipastikan tujuan wanita itu berlagak sedemikian atau ianya sekadar perlakuan suka-suka sahaja.

Video yang dikongsi itu telah ditonton pengguna laman sesawang lebih 22 ribu kali sejak ia dimuat naik.

Pelbagai komen yang dilemparkan oleh netizen terhadap video tersebut sama ada berbaur sindiran ataupun tercuit hati dengan gelagat wanita itu.

“Cara ni lebih elok meraikan kenaikan harga minyak, dapat latih kardio, otot2, muka dan badan pun sihat berbanding tengok acara bunga api yang tidak dapat permit/kebenaran,” tulis Azam Hazami.

Manakala Komeng Princeofmalaya pula menyatakan kesangsian terhadap jantina wanita yang menari itu berkata, “Jantan ke betina nie… kalau MADE IN SIAM risau aku.”

“Sian… Minyak naik harga, sampai sewel..,” tulis Sam Siamang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah