SHOPPE

Gaya Busana Inspirasi KLCC Oleh Miss Universe Malaysia

Share:
Gaya Busana Inspirasi KLCC Oleh Miss Universe Malaysia


Sejak pendedahan pereka fesyen duo terkenal negara, Rizman Ruzaini mengenai busana yang bakal digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal baru-baru, pelbagai reaksi daripada netizen.




Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas bakal digayakan Kiran Jassal, 20, pada pertandingan Miss Universe 2017 di Manila, Filipina pada 30 Januari nanti.


Segmen pakaian kebangsaan yang turut diadakan dalam pertandingan itu bakal memperlihatkan Kiran memperagakan busana potongan jumpsut yang diperincikan dengan hiasan menara berkembar seberat enam kilogram serta perak dan batu Swarovski.

Media tempatan melaporkan, rekaan luar biasa itu dibuat selepas penyelidikan yang dilakukan bagi memamaparkan nama dan imej negara serta menara berkembar tersebut adalah sinonim dengan negara.


Sebelum ini, pemenang Miss Universe 2016, Chalita Namtan Suansane dari Thailand turut mengayakan busana simbol negaranya iaitu pengangkutan awam dikenali sebagai tuk tuk dan dipilih sebagai pakaian kebangsaan terbaik.

Netizen menganggap pakaian rekaan perefa fesyen duo itu adalah unik dan berbeza yang pernah diperagakan dalam pertandingan Miss Universe.

Miss Universe 2017 kali ke -65 akan disertai 110 jelitawan dari negara masing-masing dan dinilai bukan sahaja pada paras rupa tetapi diuji dari segi kebijaksanaan, persembahan pakaian dan kebudayaan sebelum dinobatkan sebagai ratu dunia.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah