SHOPPE

Gempar!!!...Coklat Ferrero Rocher Berperisa Ulat

Share:
Gempar!!!...Coklat Ferrero Rocher Berperisa Ulat


Ini sesuatu yang menjijikkan apabila produk coklat terkenal, Ferrero Rocher yang dikenali dengan keenakannya dicemari dengan ulat seperti cacing kecil.




Menerusi perkongsian video dalam akaun Facebook, We Are Malaysian Indians memaparkan kira-kira tujuh coklat itu dipenuhi dengan ulat apabila bungkusannya dibuka.


Dipercayai sekotak coklat tersebut dipenuhi dengan coklat apabila bungkusannya dibuka sehinggakan netizen menganggap pengeluar coklat itu menghasilkan perisa baru.


Jika dilihat dari luar kotak, tiada siapa yang menyangka coklat tersebut sudah tercemar kerana ia kelihatan bersih dan tidak rosak.

Netizen menyelar tindakan peniaga yang menjual makanan yang tercemar dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Tindakan ini tidak berhati perut dan tidak mementingkan kualiti makanan,” komen netizen.

Ada juga menganggap coklat tersebut mungkin sudah melebihi tarikh luput makanan hingga menyebabkan ada ulat dalam coklat berkenaan.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dengan lebih tiga ribu tontonan, namun tidak didedahkan lokasi kejadian.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah