Gila!!!...Wanita ‘Melayang’ Ditendang Pekerja Syarikat Kurier

Gila!!!...Wanita ‘Melayang’ Ditendang Pekerja Syarikat Kurier



SEORANG pendandan rambut cedera selepas ditendang pekerja perkhidmatan kurier akibat enggan menandatangani resit penerimaan di Johor Bahru baru-baru ini.




Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa dia sepatutnya menerima dua barangan tetapi perkhidmatan kurier tersebut hanya menghantar satu barangan sahaja.

Pergaduhan tercetus apabila dia mempersoalkan tindakan pekerja tersebut yang mahu dia menandatangani dua resit penerimaan sedangkan dia hanya menerima satu barang sahaja.

Jiang Yujun yang menggunakan nama akaun Facebook Jass Choo menjelaskan dia sering menggunakan syarikat perkhidmatan kurier tersebut untuk mendapatkan produk kecantikan yang dipesan.

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 16 November lalu apabila pekerja syarikat perkhidmatan kurier menghantar barangan yang dipesan kepada mangsa yang tinggal di Tampoi.

Menurutnya, dia hanya menandatangi satu resit sahaja dan masuk ke kawasan apartmennya dengan satu bungkusan yang diterima.

Apabila memasuki pintu apartmennya, pekerja syarikat tersebut yang juga seorang lelaki menolaknya dan berlaku pertengkaran serta pergaduhan.

Lelaki tersebut telah menendang hingga menyebabkan dia terjatuh dan luka di bahagian pinggul dengan luka sepanjang 12 sentimeter.

Bukan setakat menendang mangsa, lelaki itu turut menolak kepalanya sebelum berlalu pergi.

Walaupun kejadian tersebut telah dua bulan berlalu, namun kesakitan yang dialami masih lagi dirasai.

Kejadian tersebut turut dimuat naik di laman sosial dengan memaparkan insiden pergaduhan berkenaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger