tet

Ikan Tuna RM2.8 Juta Dibeli Tauke Sushi

Share:
Ikan Tuna RM2.8 Juta Dibeli Tauke Sushi


KALAU dah kaya….pemilik rangkaian sushi di Jepun, yang dinobatkan sebagai ‘Raja Tuna’ sanggup membayar RM2.8 juta hanya untuk seekor ikan dalam satu jualan lelong yang diadakan di pasar ikan Tsukiji, Tokyo.




Kiyoshi Kimura yang merupakan pemilik rangkaian sushi Zanmai kemudiannya telah meminta tukang masaknya untuk memotong ikan berkenaan untuk dihidangkan kepada beratus-ratus pelanggan sedang menunggu untuk merasai kemanisan ikan tuna segar itu.


Jualan lelong itu dijadikan sebagai tradisi tahunan selepas Kimura sanggup membayar harga yang mahal pada tahun lepas.

“Saya rasa ia sedikit mahal tetapi saya gembira kerana menang dalam lelong untuk mendapatkan tuna yang terbaik,’’ katanya yang berbuat demikian kerana ingin pelanggannya menikmati ikan yang terbaik.

Pada 2013, Kimura telah membayar sebanyak RM6 juta untuk mendapatkan tuna biru, iaitu jenis specis terancam. Beliau berjaya menewaskan pesaingnya dari Hong Kong.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah