SHOPPE

Inilah Ahli Bomba Wanita Paling `Hot’ Di Dunia

Share:
Inilah Ahli Bomba Wanita Paling `Hot’ Di Dunia


ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah dan bentuk badan Gunn Narten, 30, yang berasal dari Norway ini, memang tidak dapat disangkal lagi.




Gunn menyifatkan kerjayanya sebagai ahli bomba sebagai sesuatu yang mencabar serta merupakan karier idamannya sejak dia berusia 19 tahun lagi.

“Saya memang seorang yang aktif dan gembira kerana menjadi sebahagian daripada kerjaya ini. Saya tidak pernah menyesal memilihnya,’’ kata Gunn.


Apabila tidak bertugas, Gunn berkata, dia memang suka bersolek dan memakai pakaian yang cantik. Dia juga banyak menghabiskan masa di dalam gim selain berlari, berenang dan bermain bola sepak bersama anggota bomba lelaki di tempat kerjanya.

“Saya mahu memastikan saya kuat dan memiliki tahap kecerdasan yang tinggi supaya saya dapat berada setaraf dengan rakan sekerja lelaki.

“Sebagai ahli bomba saya bekerja 24 atau 48 jam shif dan kemudiannya mempunyai banyak masa terluang,’’ katanya yang menyifatkan kerja memadamkan kebakaran di rumah adalah mencabar dan boleh meletihkan.

Selepas Gunn berkongsi gambar-gambar menariknya di dalam instagram, ramai yang meminatinya dan kini dia mempunyai 50,000 pengikut dalam media sosial itu.

Gunn juga memberitahu, dia memuatnaik gambar-gambarnya ketika bertugas untuk memberikan inspirasi kepada ramai orang agar mereka melakukan apa yang mereka mahu dengan cara yang positif dan sihat.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah