SHOPPE

Iron Man Pula Muncul Di Sekolah Pahang

Share:
Iron Man Pula Muncul Di Sekolah Pahang



JIKA sebelum ini, kecoh dengan berita mengenai Ultraman datang ke sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor pada hari pertama persekolahan.




Di Temerloh, Pahang pula, murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan hari ini diceriakan dengan kehadiran adiwira terkenal, Iron Man.





Usaha membawa adiwira itu dilakukan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Temerloh, Pahang demi menghilangkan rasa takut sekali gus memberikan kegembiraan pada murid tahun satu.

Iron Man yang tampil dengan kostum lengkap berwarna merah, nyata berjaya menarik perhatian murid yang kelihatan teruja ingin bermain dan bermesra dengan adiwira itu.


1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikayaSelain itu, guru dan ibu bapa turut tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Iron Man berkenaan.

Kostum Iron Man itu adalah milik seorang pegawai Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Mohd. Faizal Muda yang dibeli pada harga RM3,000.

Mohd. Faizal yang ditugaskan sebagai ‘Iron Man’ diundang ke sekolah tersebut untuk melakukan pelbagai aksi dan bermesra bersama murid-murid.

Ahad lalu, Mynewshub melaporkan beberapa orang guru Sekolah Kebangsaan Sri Rengit, Batu Pahat, Johor gigih mengenakan sut adiwira Ultraman, pada awal pagi demi menyambut ketibaan murid Tahun Satu pada hari pertama di pintu sekolah.

Gambar guru mengenakan kostum adiwira itu lantas menjadi viral dan mendapat pujian ramai atas usaha mereka yang mahu memberi semangat pada murid.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah