SHOPPE

Jijik!!!...Lelaki Ditahan Sebar Foto Kemaluan Di Facebook

Share:
Jijik!!!...Lelaki Ditahan Sebar Foto Kemaluan Di Facebook



JIJIK… Padah berkongsi gambar kemaluan di Facebook, seorang lelaki berusia 20-an ditahan pihak polis di Sungai Pusu, Gombak, Selangor petang semalam.




Suspek tersebut didakwa kerana dikatakan menganggu seorang budak perempuan dengan menghantar gambar kemaluannya menerusi laman sosial popular Facebook.

Harian Metro melaporkan, kejadian tersebut disedari bapa kepada seorang kanak-kanak kira-kira jam 10 pagi semalam apabila mendapati terdapat gambar dan mesej lucahnya di dalam akaun Facebook anaknya.

Pemeriksaan dengan lebih lanjut mendapati ada lagi beberapa keping gambar batang zakar lelaki terbabit yang diambil kreatif secara swafoto.

Bimbang dengan kejadian berkenaan, bapa mangsa kemudian segera membuat laporan di Balai Polis Gombak kira-kira tengah hari itu.

Susulan laporan tersebut, lelaki tersebut akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 6 petang dan siasatan masih lagi dijalankan.

Difahamkan, gambar dan mesej berbaur lucah itu dihantar kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah tersebut dengan menggunakan Facebook.

Kejadian ini agak membimbangkan kerana individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menyalahgunakan teknologi untuk kepuasan nafsu mereka.

Netizen menganggap kejadian ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang kini dengan mudahnya memberikan telefon pintar kepada anak terutamanya yang masih bersekolah.

Pengawasan ibu bapa penting bagi memastikan anak-anak tidak ‘terpedaya’ dengan kerakusan individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi dan media sosial kini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah