Kedai 7-Elevan Jamu Tikus Makan Hot Dog

Kedai 7-Elevan Jamu Tikus Makan Hot Dog



EUWW… Serius geli! Seorang wanita terkejut besar apabila melihat seekor tikus sedang enak menjamu selera menikmati Hot Dog dalam ruangan simpanan makanan di kedai 7-Eleven cawangan Kelana Centre Point, Petaling Jaya.





Menurut wanita yang menggunakan nama akaun Twitter, Grumpy, dia melihat penampakan tikus itu ketika singgah di kedai serbaneka itu, semalam.

Grumpy turut mengingatkan netizen lain supaya lebih berhati-hati membeli makanan siap di mana-mana kedai serbaneka.

Posting yang dimuat naik wanita itu lantas menarik perhatian netizen yang meluahkan kebimbangan tentang tahap kebersihan kedai serbaneka popular itu.

Malah, netizen turut menzahirkan rasa jijik bercampur geli membayangkan makanan yang telah dicemari haiwan perosak itu.

Sementara itu, tinjuan kami menerusi laman sosial rasmi 7-Eleven mendapati tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung dakwaan wanita tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger