Kelakar!!!...Klip Video Burung Gagak Sebut Perkataan ‘Fuck You’

Kelakar!!!...Klip Video Burung Gagak Sebut Perkataan ‘Fuck You’



UMUM mengetahui burung kakak tua atau nuri disifatkan antara spesies unggas yang paling bijak. Ia mampu meniru pelbagai bunyi dan berkata-kata seperti manusia.




Namun sebuah laman sesawang di internet telah berkongsi satu video yang ‘luar biasa’ dimuat naik di Youtube beberapa hari lalu apabila memaparkan seekor burung gagak yang pandai ‘berkata-kata.’

Bagaimanapun perkataan yang diluahkan itu bukanlah sesuatu yang sedap didengar tetapi ia merupakan satu ungkapan mencarut atau kasar.

Menerusi video yang berdurasi 20 saat itu, seorang lelaki yang sedang beristirahat di bangku halaman rumahnya didatangi oleh seekor burung gagak.

Burung berkenaan kemudian melompat naik ke atas bangku tersebut lalu ‘memandang’ lelaki itu sebelum mengeluarkan kata-kata ‘Fuck You‘.

Mendengar ungkapan itu lelaki memakai baju biru itu dilihat ketawa terdekah-dekah seolah-olah tidak percaya burung gagak tersebut mampu mengungkapkan perkataan sedemikian.

Video yang tersebar itu dipercayai dirakam di Mexico dan telah menerima lebih 168 ribu tontonan sejak ia dimuat naik.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger