Kim Raymond Isteri Keith Foo Hamil Anak Sulung

Kim Raymond Isteri Keith Foo Hamil Anak Sulung



TAHNIAH diucapkan kepada pelakon kacak pujaan ramai, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond yang dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.




Berita gembira itu dikongsi oleh isteri Keith Foo menerusi laman Instagramnya.

Difahamkan, usia kandungan Kim Raymond kini telah pun memasuki tiga bulan.

Sementara itu, Keith Foo akui semenjak isterinya disahkan hamil dia kini sering mengidam coklat.

“Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak suka makanan manis. Isteri pula lebih suka makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam.

“Namun, berita kehamilan ini adalah satu perjalanan dan pengalaman yang paling indah buat kami berdua,” katanya kepada portal My Artis.

Pada masa yang sama, Keith memberitahu, dia merancang untuk berehat seketika dari kerjaya seninya kerana mahu memberi perhatian kepada kesihatan isterinya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan media pada tahun 2014 dan melangsungkan majlis perkahwinan pada 2015.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger