SHOPPE

Klip Video Guru Tendang, Tampar Dan Tarik Rambut Murid

Share:

Klip Video Guru Tendang, Tampar Dan Tarik Rambut Murid




MENDIDIK bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi jika tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.




Guru tadika umpamanya, setiap hari mereka berdepan dengan kanak-kanak seawal usia empat tahun yang mempunyai banyak karenah dan sikap masing-masing.

Jika tiada sifat sabar yang tinggi, maka terjadilah kejadian anak murid didera dengan begitu kejam sekali.

Memetik Daily Mail, seorang guru wanita di China tergamak membelasah dua anak muridnya gara-gara tidak berpuas hati dengan prestasi mereka yang teruk.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 42 saat, kelas tarian itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua kanak-kanak perempuan itu didera disebabkan tidak dapat menghafal rutin menari.

Dapat dilihat, guru kejam itu menarik kedua-duanya ke tepi sebelum mula membelasah. Paling teruk, ada seorang lagi guru di situ namun dia hanya melihat tanpa ada sebarang tindakan untuk menghentikan kekerasan tersebut.

Guru bersifat binatang itu bagaimanapun telah  dipecat kerana menyebabkan trauma yang teruk kepada kanak-kanak terbabit.

Netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah dan simpati mereka dengan apa yang berlaku.

Seharusnya kejadian seumpama ini dijadikan pengajaran terutamanya pada guru supaya lebih bersabar dan melayan anak murid seperti anak mereka sendiri.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah